Sunday, January 10, 2010

Semangat 1Malaysia


Salam,

Akhir-ahkir ini perkataan '1Malaysia' yang di canang oleh PM kita semakin kuat.
Walhal selama ini pun kita sudah pun dalam satu negara Malaysia, mana ada negara lain lagi nama Malaysia. Klinik kerajaan pun dah letak nama 'Klinik 1Malaysia'.

Bukan langsung tidak bersetuju dengan tema PM kita ni, akan tetapi propoganda yang dimainkan ada lah melebihi perlakuan atau 'action' yang sepatutnya.
Seharusnya rakyat diutamakan seutamanya, bukan rakyat semakin tehimpit dengan bebanan akibat pensturturan semula beberapa keperluan asas.Gula, roti, petrol, toll dan lain-lain lagi akan naik jika GST diperkenalkan.

Adakah bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang bertemakan '1Malaysia: Kemakmuran Bersama' dapat membantu rakyat? atau golongan tertentu sahaja, beasama kita saksikan bersama.

Harapnya semua orang dapat menyaksikan untung rugi '1Malysia' dengan lebih jelas tahun ini.

Wassalam

Friday, January 1, 2010

Selangkah Ke Hadapan


Assalamualikum wrt,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Dengan limpah kurnianya hari ini selangkah kita kehadapan ke tahun 2010.
Bersempena tahun baru ini saya membuka blog untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersama semua yang mengenali diri ini atau sesiapa sahaja yang berminat.

InsyaAllah moga mendapai kerbekatan dari Ilahi.

Ippo mae = Selangkah ke hadapan = One step forward

Itu tema blog ini.

Wassalam